Thursday 5 January 2012

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2012

Suasana hari pertama persekolahan di Sk Sri Keledang berjalan lancar. Semua murid, khasnya murid tahun satu masing-masing bersemangat untuk memulakan sesi persekolahan 2012. Guru-guru juga nampak bersemangat untuk memulakan sesi persekolahan pada tahun ini. Hari pertama persekolahan dimulakan dengan perhimpunan pagi. Murid tahun satu sangat gembira dan teruja kerana mereka mendapat sumbangan beg sekolah. Kemudian diteruskan dengan ucapan guru disiplin, dan seterusnya guru besar Tn. Hj Awang Bin Mat Saman. 
 SKSK Budiman...SKSK Gemilang