Tuesday 31 January 2012

SELAMAT MENJAWAB SOALAN...!!!


Hari ni semua murid Tahun 6 SKSKS sesi persekolahan 2012 mula menduduki peperiksaan ujian penilaian kali pertama.  

Peringatan kepada semua murid supaya “Baca soalan tu betul-betul”, “Kalau habis awal, double check jawapan tu”, “Baca doa banyak-banyak” dan “Semoga berjaya!”. 

Apa-apapun, semoga berjaya semua! 

Tuesday 24 January 2012

CUTI...CUTI...CUTI...



CUTI SEMPENA TAHUN BARU CINA 2012

HARI : ISNIN - JUMAAT

TARIKH : 23 - 27 JANUARI 2012

Monday 16 January 2012

Taklimat....

Taklimat untuk ibu bapa murid tahun satu disampaikan oleh Tn. Guru Besar.


Saturday 14 January 2012

:: PROGRAM MAJU DIRI ::

Program ini ternyata berjaya mengubah sikap kebanyakan murid yang agak pasif sebelum ini kepada lebih berkeyakinan terutama ketika memberi pendapat dalam perbincangan yang diadakan. Murid-murid juga berjaya menambah kemesraan dan keakraban sesama mereka memandangkan setiap kumpulan yang diwujudkan adalah gabungan murid-murid dari kelas yang berlainan.
Semoga perkara-perkara positif yang dipupuk dalam diri murid-murid sepanjang program ini berlangsung akan terus kekal dan membantu mereka mencipta kejayaan dalam pelajaran. Tahniah kepada semua warga SK Sri Keledang teruatama sekali murid-murid tahap 2 yang terlibat menjayakan program ini.




Friday 13 January 2012

Thursday 5 January 2012

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2012

Suasana hari pertama persekolahan di Sk Sri Keledang berjalan lancar. Semua murid, khasnya murid tahun satu masing-masing bersemangat untuk memulakan sesi persekolahan 2012. Guru-guru juga nampak bersemangat untuk memulakan sesi persekolahan pada tahun ini. Hari pertama persekolahan dimulakan dengan perhimpunan pagi. Murid tahun satu sangat gembira dan teruja kerana mereka mendapat sumbangan beg sekolah. Kemudian diteruskan dengan ucapan guru disiplin, dan seterusnya guru besar Tn. Hj Awang Bin Mat Saman. 
 SKSK Budiman...SKSK Gemilang

Wednesday 4 January 2012

KEMBALI KE SEKOLAH !!!

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH kepada semua guru-guru yang dedikasi, murid-murid yang bersemangat dan juga kepada semua ibu bapa yang prihatin memilih pendidikan terbaik buat anak-anak untuk kejayaan di dunia dan akhirat. Kepada semua warga pendidik di seluruh Malaysia, selamat bertugas semoga anda menjadi insan guru yang hebat dan di kenang oleh pelajar sepanjang hayat. Selamat bertugas. Kepadasemua murid, tinggalkan 2011 dalam kenangan dan mulakan tahun 2012 dengan azam dan semangat yang baru untuk mengharumkan nama sekolah. 


 Semoga langkah kaki kita ke tahun 2012 akan membawa sinar kejayaan
dalam pembangunan modal insan negara yang tercinta.