Thursday 28 June 2012

Kejohanan Balapan dan Padang SKSK 2012

Alhamdulillah..kejohanan Sukan Tahunan berjaya dianjurkan pada hari ini 28 Jun 2012. 
Tahniah kepada pemenang dan terima kasih kepada semua yang terlibat. 














































Tuesday 12 June 2012

Lawatan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Semalam, 12 Jun 2012 SK Sri keledang telah di kunjungi oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia iaitu Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud. Tan Sri Abdul Ghafar, merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari University of East Anglia, Norwich, United Kingdom dan Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya. Beliau memulakan perkhidmatan awam sebagai Pegawai Perkhidmatan Pelajaran pada 1 Mei 1977.
Sepanjang perkhidmatannya dalam bidang pendidikan, Abdul Ghafar telah memegang pelbagai jawatan penting termasuk Atase Pendidikan di Jabatan Penuntut Malaysia, Washington, Amerika Syarikat (1989), Pengarah Bahagian Sukan Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran (2007) dan Ketua Nazir, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Kementerian Pelajaran pada 2008. - BERNAMA















Terima Kasih Tuan Pengarah kerana sudi bertandang ke sekolah kami yang nun jauh di pedalaman.